SELAMAT DATANG
PENDIDIKAN BERASASKAN KOMUNITI (PBK)
Pendidikan Berasaskan Komuniti (PBK) adalah program atau aktiviti pendidikan yang diwujudkan secara sedar oleh sesebuah komuniti berpandu serta bersandarkan kesedaran, kemahuan dan kebersediaan komuniti setempat itu untuk melibatkan diri dan terlibat secara langsung dalam usaha menangani keperluan bimbingan, didikan atau latihan ahli-ahlinya demi kesejahteraan, kebajikan, dan kelangsungan bersama.
Skip available courses
Available courses
Kursus Kemahiran Cara Belajar (Aktiviti 29)
Kursus Kemahiran Cara Belajar mendedahkan pelajar dengan kemahiran cara belajar yang perlu dikuasai dan diamalkan untuk membantu mereka meraih kecemerlangan dalam peperiksaan dan kehidupan seharian.
Kursus Kemahiran Berfikir (Aktiviti 31)
Melalui Kursus
Kemahiran Berfikir, para peserta diberi peluang untuk mengenali pelbagai alat
dan peta fikir yang boleh membantu mereka memeta pemikiran dan mengamalkan gaya
pemikiran secara cekap, kritis, inovatif dan kreatif.
Kursus Kemahiran Komunikasi (Aktiviti 32)
Perkampungan Remaja Islam (Aktiviti 27)
Perkampungan Remaja Islam (PEWARIS) membantu peserta menguasai beberapa kemahiran asas sosial, membuka minda dan membina keyakinan diri mereka serta mendorong percambahan fikiran secara kreatif.
Bengkel Jati Diri (Aktiviti 26)
Bengkel
Jati Diri memberi peluang kepada para peserta mengenali diri serta
membina keyakinan diri untuk mempercayai kebolehan, bakat, dan keupayaan yang
ada pada diri mereka dalam menghadapi alam persekolahan.
Bengkel Kemahiran Cara Belajar (Aktiviti 21)
Kursus Kemahiran Cara Belajar mendedahkan pelajar dengan kemahiran cara belajar yang perlu dikuasai dan diamalkan untuk membantu mereka meraih kecemerlangan dalam peperiksaan dan kehidupan seharian.
Bengkel Bina Insan (Aktiviti 20)
Bengkel Kemahiran Asas Komunikasi (Aktiviti 22)
Kem Jati Diri
Kem Jati Diri merupakan satu usaha untuk
membantu murid menguasai beberapa
kemahiran asas sosial seperti berkomunikasi dan berinteraksi supaya mereka lebih yakin dan berani untuk mengambil bahagian, memainkan
peranan aktif dan bersaing dengan rakan sebaya.
Kem Bina Watak Budaya (Aktiviti 14)
Kem Matematik (Aktiviti 09)
Kem Eksplorasi Digital Sains (Aktiviti 11)
Kem Bahasa Inggeris (Aktiviti 10)
Kem Pengucapan Awam
Kem Pengucapan Awam
menyediakan peluang kepada murid sekolah rendah yang berbakat untuk meningkatkan
kecekapan mereka berkomunikasi, bukan sahaja dengan rakan sebaya tetapi juga
dengan khalayak ramai dalam pelbagai konteks sosial.
Kem Asas Kepimpinan (Aktiviti 17)
Kem Asas Kepimpinan menyediakan peluang kepada pemimpin murid untuk meningkatkan ilmu pengetahuan serta kemahiran asas dalam bidang kepimpinan supaya terbina rasa yakin diri dan kesediaan untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan.
Kem Pembangunan Diri Murid Cerdas (Aktiviti 16)
Kem Sukarelawan Belia
Kem Sukarelawan Belia merupakan aktiviti khas yang dibina untuk menanam sifat keprihatian sosial dan semangat kesukarelawanan, serta memberi kemahiran mengurus aktiviti dalam kalangan para belia yang memperlihatkan minat dan kecenderungan ke arah itu.
Kem Seni Budaya
Kem Seni Budaya menyediakan peluang untuk belia memahami dan menghayati fungsi serta kebermaknaan seni budaya dalam kehidupan seharian masyarakatnya.
Usrah Qudwah
Kem Kesediaan ke IPT
Kem Kesediaan ke IPT meningkatkan kesedaran mahasiswa baharu tentang pentingnya mereka mengamalkan cara hidup Islam secara bertanggungjawab, dan melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai aktiviti menghidup dan memupuk budaya ilmu meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran menghadapi tuntutan akademik dan sosial di menara gading.
Kem Asas Budaya
Kem Asas Budaya menyediakan peluang kepada belia untuk mengenali dan memahami makna budaya dan meningkatkan kemahiran bersosial berteraskan nilai budaya masyarakat setempat supaya dapat berkomunikasi dan berinteraksi secara beradab.
Kembara Hijrah
Kem Keselamatan Dan Kesejahteraan Diri (BESTARI)
Kem ini dibangunkan khusus untuk belia wanita bagi jati diri terutama sekali berkaitan dengan hal-hal pemeliharaan maruah dan harga diri sebagai wanita.
Kem Eksplorasi Minda
KURSUS PEMAHAMAN AKIDAH
Serasehan Belia
Serasehan Belia menyediakan ruang dan peluang untuk peserta mendapat ilmu dan berkongsi pandangan serta berbincang mengenai sesuatu isu dalam suasana santai dan semangat persaudaraan.
Kem Budaya
Kursus Asas Kepimpinan dan Pengurusan
Kursus Asas Kepimpinan dan Pengurusan yang disediakan untuk para pemimpin belia bagi menyediakan peluang kepada mereka untuk meningkatkan ilmu pengetahuan serta kemahiran dalam bidang tersebut supaya lebih berkeyakinan, berwibawa, dan berkeupayaan untuk memainkan peranan dan memikul tanggungjawab sebagai pembimbing rakan sebaya.
Bengkel Prihatin Ummah
Bengkel Prihatin Ummah memberi peluang kepada para peserta untuk membincang isu dan masalah sosial semasa yang dihadapi oleh masyarakat.
Kursus Pemantapan Jati Diri
Kursus Pemantapan Jati Diri meningkatkan keyakinan, jati diri serta kesedaran pemimpin belia tentang tanggungjawab mereka sebagai seorang insan muslim, serta peluang untuk mengenali potensi kepimpinan diri.
Kursus Pemerkasaan Jati Diri
Kursus Pemerkasaan Jati Diri memberi peluang kepada
pemimpin dan individu prihatin meningkatkan kesedaran dan jati diri serta semangat kerja
sepasukan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka. Kursus ini
bertujuan meningkatkan kefahaman tentang perlunya kesediaan mental, rohani,
emosi dan sosial dalam memikul tanggungjawab kepimpinan supaya berupaya membina semangat kerja
sepasukan dan jaringan kerjasama.
Wacana Profesional Islam
Wacana Profesional Islam memberi peluang kepada para profesional untuk berinteraksi, bertukar-tukar pandangan, serta menyumbang idea dan cadangan bagi menangani isu-isu dan cabaran yang dihadapi ummah.