Global searching is not enabled.
Skip to main content

3 Courses

Kem Matematik
Pemupukan dan Peningkatan Penguasaan Kemahiran Asas Membaca, Menulis, Mengira & Berfikir
Preview Course

Pemupukan dan Peningkatan Penguasaan Kemahiran Asas Membaca, Menulis, Mengira & Berfikir

Kem Matematik

Kem Matematik diadakan dengan tujuan memberi peluang kepada murid yang ketinggalan dalam mata pelajaran ini untuk melihat matematik dari perspektif yang positif, iaitu menarik dan menyeronokkan serta relevan dengan kehidupan seharian mereka. Melalui pendekatan yang pelbagai dan menyeronokkan, iaitu bermain sambil belajar secara berkumpulan (fun and team learning) murid-murid dibimbing untuk mengenali diri dan rakan sebaya di samping dibimbing untuk menguasai beberapa kemahiran asas mengira dan menyelesaikan masalah matematik. Dalam suasana pembelajaran yang santai dan penglibatan aktif melalui aktiviti permainan matematik seperti kuiz, pertandingan antara kumpulan, dan penyelesaian masalah secara berpasukan, murid-murid digalak untuk bekerjasama, berani mencuba, bertanya, tidak takut membuat kesalahan, dan bersaing sesama sendiri secara sihat.

KEM EKSPLORASI DIGITAL SAINS
Pemupukan dan Peningkatan Penguasaan Kemahiran Asas Membaca, Menulis, Mengira & Berfikir
Preview Course

Pemupukan dan Peningkatan Penguasaan Kemahiran Asas Membaca, Menulis, Mengira & Berfikir

KEM EKSPLORASI DIGITAL SAINS

EXPLORING THE EXPERIMENTS

Kem Bahasa Inggeris
Pemupukan dan Peningkatan Penguasaan Kemahiran Asas Membaca, Menulis, Mengira & Berfikir
Preview Course

Pemupukan dan Peningkatan Penguasaan Kemahiran Asas Membaca, Menulis, Mengira & Berfikir

Kem Bahasa Inggeris

BPP-MIS menyedari bahawa penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid sangat penting bukan sahaja kerana ia merupakan bahasa komunikasi antarabangsa tetapi juga merupakan bahasa pengantar utama ilmu sains dan teknologi. Kem Bahasa Inggeris dibangunkan oleh BPP-MIS sebagai satu aktiviti yang bertujuan membantu murid sekolah rendah yang lemah dan ketinggalan dalam penguasaan Bahasa Inggeris meminati dan berkeyakinan menggunakan Bahasa Inggeris di peringkat rendah. Kem ini diisi dengan pelbagai aktiviti yang boleh membantu mereka menanam rasa yakin diri serta meningkat keupayaan untuk menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan berkomunikasi. Pendekatan membimbing melalui nyanyian, bercerita, main peranan, permainan serta latihan membina ayat secara lisan dan bertulis yang digunakan bertujuan membina suasana pembelajaran yang menyeronokkan.