SELAMAT DATANG

  

PENDIDIKAN BERASASKAN KOMUNITI (PBK)

Pendidikan Berasaskan Komuniti (PBK) adalah program atau aktiviti pendidikan yang diwujudkan secara sedar oleh sesebuah komuniti berpandu serta bersandarkan kesedaran, kemahuan dan kebersediaan komuniti setempat itu untuk melibatkan diri dan terlibat secara langsung dalam usaha menangani keperluan bimbingan, didikan atau latihan ahli-ahlinya demi kesejahteraan, kebajikan, dan kelangsungan bersama.

 

  


    Kursus yang tersedia

    Kursus Kemahiran Cara Belajar (Aktiviti 29)

    Kursus Kemahiran Cara Belajar (Aktiviti 29)

    Kursus Kemahiran Cara Belajar mendedahkan pelajar dengan kemahiran cara belajar yang perlu dikuasai dan diamalkan untuk membantu mereka meraih kecemerlangan dalam peperiksaan dan kehidupan seharian.

    Kursus Kemahiran Berfikir (Aktiviti 31)

    Kursus Kemahiran Berfikir (Aktiviti 31)

    Melalui Kursus Kemahiran Berfikir, para peserta diberi peluang untuk mengenali pelbagai alat dan peta fikir yang boleh membantu mereka memeta pemikiran dan mengamalkan gaya pemikiran secara cekap, kritis, inovatif dan kreatif.

    Kursus Kemahiran Komunikasi (Aktiviti 32)

    Kursus Kemahiran Komunikasi (Aktiviti 32)

    Bengkel ini menyediakan ruang kepada pelajar sekolah menengah untuk meningkatkan kefahaman mereka mengenai pentingnya kemahiran asas komunikasi, serta meningkatkan kemahiran komunikasi peserta.

    Perkampungan Remaja Islam (Aktiviti 27)

    Perkampungan Remaja Islam (Aktiviti 27)

    Perkampungan Remaja Islam (PEWARIS) membantu peserta  menguasai beberapa kemahiran asas sosial, membuka minda dan membina keyakinan diri mereka serta mendorong percambahan fikiran secara kreatif.  


    Bengkel Jati Diri (Aktiviti 26)

    Bengkel Jati Diri (Aktiviti 26)

    Bengkel Jati Diri memberi peluang kepada para peserta mengenali diri serta membina keyakinan diri untuk mempercayai kebolehan, bakat, dan keupayaan yang ada pada diri mereka dalam menghadapi alam persekolahan.

    Bengkel Kemahiran Cara Belajar (Aktiviti 21)

    Bengkel Kemahiran Cara Belajar (Aktiviti 21)

    Kursus Kemahiran Cara Belajar mendedahkan pelajar dengan kemahiran cara belajar yang perlu dikuasai dan diamalkan untuk membantu mereka meraih kecemerlangan dalam peperiksaan dan kehidupan seharian.

    Bengkel Bina Insan (Aktiviti 20)

    Bengkel Bina Insan (Aktiviti 20)

    Bengkel ini menyediakan peluang kepada pelajar yang memerlukan bimbingan untuk memupuk rasa yakin dan jati diri sebagai seorang muslim supaya mereka lebih bersedia untuk menghadapi cabaran alam belia.

    Bengkel Kemahiran Asas Komunikasi (Aktiviti 22)

    Bengkel Kemahiran Asas Komunikasi (Aktiviti 22)

    Bengkel ini menyediakan ruang kepada pelajar sekolah menengah untuk meningkatkan kefahaman mereka mengenai pentingnya kemahiran asas komunikasi, serta meningkatkan kemahiran komunikasi peserta.

    Kem Jati Diri

    Kem Jati Diri

    Kem Jati Diri merupakan satu usaha untuk membantu murid menguasai beberapa kemahiran asas sosial seperti berkomunikasi dan berinteraksi supaya mereka lebih yakin dan berani untuk mengambil bahagian, memainkan peranan aktif dan bersaing dengan rakan sebaya.

    Kem Bina Watak Budaya (Aktiviti 14)

    Kem Bina Watak Budaya (Aktiviti 14)

    Kem Bina Watak Budaya menyediakan ruang dan peluang untuk kanak-kanak sekolah rendah memahami serta menghayati nilai-nilai dan unsur budaya Islam dan budaya setempat supaya mereka dapat menampilkan ciri dan watak budaya Islami dalam masyarakatnya.

    Kem Matematik (Aktiviti 09)

    Kem Matematik (Aktiviti 09)

    Kem Matematik memberi peluang kepada murid yang ketinggalan dalam mata pelajaran ini untuk melihat matematik dari perspektif yang positif, iaitu menarik dan menyeronokkan serta relevan dengan kehidupan seharian mereka.

    Kem Eksplorasi Digital Sains (Aktiviti 11)

    Kem Eksplorasi Digital Sains (Aktiviti 11)

    Kem Sains membimbing murid-murid yang ketinggalan secara sistematik untuk memahami proses sains supaya mereka meminati dan memiliki kemahiran asas proses sains bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran Sains secara berkesan.

    Kem Bahasa Inggeris (Aktiviti 10)

    Kem Bahasa Inggeris (Aktiviti 10)

    Kem Bahasa Inggeris membantu murid sekolah rendah yang lemah dan ketinggalan dalam penguasaan Bahasa Inggeris untuk lebih meminati dan berkeyakinan menggunakan Bahasa Inggeris di peringkat rendah.

    Kem Pengucapan Awam

    Kem Pengucapan Awam

    Kem Pengucapan Awam menyediakan peluang kepada murid sekolah rendah yang berbakat untuk meningkatkan kecekapan mereka berkomunikasi, bukan sahaja dengan rakan sebaya tetapi juga dengan khalayak ramai dalam pelbagai konteks sosial. 

    Kem Asas Kepimpinan (Aktiviti 17)

    Kem Asas Kepimpinan (Aktiviti 17)

    Kem Asas Kepimpinan menyediakan peluang kepada pemimpin murid untuk meningkatkan ilmu pengetahuan serta kemahiran asas dalam bidang kepimpinan supaya terbina rasa yakin diri dan kesediaan untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan.


    Kem Pembangunan Diri Murid Cerdas (Aktiviti 16)

    Kem Pembangunan Diri Murid Cerdas (Aktiviti 16)

    Kem Pembangunan Diri Murid Cerdas memberi kesedaran dan kefahaman baharu tentang pembangunan diri melalui pengurusan masa, kemahiran belajar dan kemahiran berfikir secara berkesan dan bermakna.

    Kem Sukarelawan Belia

    Kem Sukarelawan Belia

    Kem Sukarelawan Belia merupakan aktiviti khas yang dibina untuk menanam sifat keprihatian sosial dan semangat kesukarelawanan, serta memberi kemahiran mengurus aktiviti dalam kalangan para belia yang memperlihatkan minat dan kecenderungan ke arah itu.


    Kem Seni Budaya

    Kem Seni Budaya

    Kem Seni Budaya menyediakan peluang untuk belia memahami dan menghayati fungsi serta kebermaknaan seni budaya dalam kehidupan seharian masyarakatnya.


    Usrah Qudwah

    Usrah Qudwah

    Usrah Qudwah adalah satu program yang mengetengahkan individu yang pernah berada dalam jalur pembinaan ketamadunan Islam, terutamanya junjungan besar Rasulullah S.A.W untuk memahami kewajaran individu-individu tersebut dijadikan contoh utama dalam merangka tindakan atau mengorak masa depan masing-masing.

    Kem Kesediaan ke IPT

    Kem Kesediaan ke IPT

    Kem Kesediaan ke IPT meningkatkan kesedaran mahasiswa baharu tentang pentingnya mereka mengamalkan cara hidup Islam secara bertanggungjawab, dan melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai aktiviti menghidup dan memupuk budaya ilmu meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran menghadapi tuntutan akademik dan sosial di menara gading.


    Kem Asas Budaya

    Kem Asas Budaya

    Kem Asas Budaya menyediakan peluang kepada belia untuk mengenali dan memahami makna budaya dan meningkatkan kemahiran bersosial berteraskan nilai budaya masyarakat setempat supaya dapat berkomunikasi dan berinteraksi secara beradab.


    Kembara Hijrah

    Kembara Hijrah

    Aktiviti Kembara Hijrah memberi peluang kepada para belia bukan sahaja untuk memahami makna Hijrah Rasullullah S.A.W, tetapi juga signifikan penghijrahan dalam konteks kehidupan masa kini. Aktiviti ini juga menyediakan ruang kepada mereka untuk mengenali dan memahami persekitaran sosiobudaya setempat, serta menghargai betapa pentingnya semangat persaudaraan dan kerjasama dalam kalangan sesama masyarakat Islam khasnya dan dengan ahli masyarakat lain amnya.

    Kem Keselamatan Dan Kesejahteraan Diri (BESTARI)

    Kem Keselamatan Dan Kesejahteraan Diri (BESTARI)

    Kem ini dibangunkan khusus untuk belia wanita bagi jati diri terutama sekali berkaitan dengan hal-hal pemeliharaan maruah dan harga diri sebagai wanita. 

    Kem Eksplorasi Minda

    Kem Eksplorasi Minda

    Kem Eksplorasi Minda memberi peluang kepada belia lelaki mendapat bimbingan yang terarah untuk membangkitkan kesedaran dan kefahaman tentang pentingnya mereka meningkatkan keyakinan dan kepercayaan terhadap diri sendiri, memupuk semangat sukarela, dan mengeratkan ukhuwah antara sesama rakan sebaya seagama.

    KURSUS PEMAHAMAN AKIDAH

    KURSUS PEMAHAMAN AKIDAH

    Kursus ini bertujuan untuk membimbing para belia memahami ajaran agama Islam, hakikat dan sifat diri sebagai insan serta membangun keupayaan dan membina keyakinan diri, dengan harapan mereka akan menjadi insan yang lebih bertaqwa dan bertanggungjawab.

    Serasehan Belia

    Serasehan Belia

    Serasehan Belia menyediakan ruang dan peluang untuk peserta mendapat ilmu dan berkongsi pandangan serta berbincang mengenai sesuatu isu dalam suasana santai dan semangat persaudaraan.


    Kem Budaya

    Kem Budaya

    Kem Budaya memberi peluang kepada belia untuk meningkatkan kefahaman dan penghayatan mereka mengenai unsur-unsur dan elemen budaya yang utama dalam mencorakkan identiti dan jati diri masyarakatnya.

    Kursus Asas Kepimpinan dan Pengurusan

    Kursus Asas Kepimpinan dan Pengurusan

    Kursus Asas Kepimpinan dan Pengurusan yang disediakan untuk para pemimpin belia bagi menyediakan peluang kepada mereka untuk meningkatkan ilmu pengetahuan serta kemahiran dalam bidang tersebut supaya lebih berkeyakinan, berwibawa, dan berkeupayaan untuk memainkan peranan dan memikul tanggungjawab sebagai pembimbing rakan sebaya.


    Bengkel Prihatin Ummah

    Bengkel Prihatin Ummah

    Bengkel Prihatin Ummah memberi peluang kepada para peserta untuk membincang isu dan masalah sosial semasa yang dihadapi oleh masyarakat. 


    Kursus Pemantapan Jati Diri

    Kursus Pemantapan Jati Diri

    Kursus Pemantapan Jati Diri meningkatkan keyakinan, jati diri serta kesedaran pemimpin belia tentang tanggungjawab mereka sebagai seorang insan muslim, serta peluang untuk mengenali potensi kepimpinan diri.


    Kursus Pemerkasaan Jati Diri

    Kursus Pemerkasaan Jati Diri

    Kursus Pemerkasaan Jati Diri memberi peluang kepada pemimpin dan individu prihatin meningkatkan kesedaran dan jati diri serta semangat kerja sepasukan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka. Kursus ini bertujuan meningkatkan kefahaman tentang perlunya kesediaan mental, rohani, emosi dan sosial dalam memikul tanggungjawab kepimpinan supaya berupaya membina semangat kerja sepasukan dan jaringan kerjasama.


    Wacana Profesional Islam

    Wacana Profesional Islam

    Wacana Profesional Islam memberi peluang kepada para profesional untuk berinteraksi, bertukar-tukar pandangan, serta menyumbang idea dan cadangan bagi menangani isu-isu dan cabaran yang dihadapi ummah. 


    LATIHAN KEGURUAN  MATTARY FASA 1

    LATIHAN KEGURUAN MATTARY FASA 1

    Program ini mencakupi latar belakang & tujuan Pendidikan Islam, guru berkesan, teori, psikologi, pedagogi pendidikan, analisis dan tafsiran item dalam sukatan pelajaran Kurikulum Bersepadu Tahfiz Sarawak (KBTS). Selain itu, program ini juga mencakupi strategi latihan dan pembangunan guru dari segi penguasaan kemahiran, peningkatan ilmu pengetahuan dan pembentukan sikap [ASK], serta peranan yang dimainkan mereka yang bertanggungjawab dalam pendidikan menurut pandangan Islam yang bertujuan untuk membawa guru dekat kepada Allah SWT. Kesejahteraan insan guru adalah berdasarkan daya intelek, emosi serta roh yang berpaksikan keimanan kepada Allah SWT sesuai dengan konsep Tauhid.