Global searching is not enabled.
Skip to main content

4 Courses

Penemuan Diri

Kem Asas Budaya

Kembara Hijrah
Penemuan Diri
Preview Course

Penemuan Diri

Kembara Hijrah

Aktiviti 35: Kembara Hijrah merupakan salah satu aktiviti Pendidikan Berasaskan Komuniti (PBK) di Masjid yang dianjurkan oleh Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak (BPP-MIS) yang mula dijalankan sejak tahun 2008. Aktiviti ini dikelolakan dengan kerjasama barisan kepimpinan akar umbi, jawatankuasa pengurusan masjid / lembaga amanah kebajikan Islam dan sekolah menengah setempat. Dalam laman ini, sebanyak tujuh (7) topik aktiviti telah disediakan dalam membawa para peserta untuk menghayati hijrah Rasulullah SAW dan mendorong penghijrahan diri agar sentiasa memperbaiki kelemahan yang dimiliki serta mendekatkan diri dengan Allah SWT.

Kem Keselamatan Dan Kesejahteraan Diri (BESTARI)
Penemuan Diri
Preview Course

Penemuan Diri

Kem Keselamatan Dan Kesejahteraan Diri (BESTARI)

Kem ini dibangunkan khusus untuk belia wanita yang memerlukan bimbingan dan berisiko terlibat dengan permasalahan sosial semasa. Sebagai tiang negara, mereka perlu mempunyai jati diri yang mantap terutama sekali berkaitan secara langsung dengan hal-hal pemeliharaan maruah dan harga diri sebagai wanita. Pengaruh nilai, amalan dan kefahaman yang datang dari konteks sosiobudaya yang berbeza adalah antara cabaran sosial yang perlu dihadapi dan wajar ditangani dengan bijak demi kelangsungan nilai dan adab budi hidup bermasyarakat dan beragama.
Kem ini diisi dengan sesi penerangan, perbincangan dan pembentangan, aktiviti
dalam kumpulan, tayangan multimedia, tazkirah, refleksi, dan riadah yang
memberi tumpuan kepada perkara-perkara berikut:
4.1 Makna diri sebagai wanita;
4.2 Tanggungjawab memelihara maruah dan harga diri wanita;
4.3 Cabaran dan permasalahan sosial semasa;
4.4 Pembentukan rasa yakin diri dan penetapan matlamat hidup; dan
4.5 Ukhuwah dan persaudaraan.

Kem Eksplorasi Minda
Penemuan Diri
Preview Course

Penemuan Diri

Kem Eksplorasi Minda

Kem Eksplorasi Minda memberi peluang kepada belia lelaki mendapat bimbingan yang terarah untuk membangkitkan kesedaran dan kefahaman tentang pentingnya mereka meningkatkan keyakinan dan kepercayaan terhadap diri sendiri, memupuk semangat sukarela, dan mengeratkan ukhuwah antara sesama rakan sebaya seagama.