Membimbing belia untuk menjadi individu muslim yang berjati diri serta menghargai semangat persaudaraan Islam.

Kem Asas Budaya

Kem Asas Budaya

Kem Asas Budaya menyediakan peluang kepada belia untuk mengenali dan memahami makna budaya dan meningkatkan kemahiran bersosial berteraskan nilai budaya masyarakat setempat supaya dapat berkomunikasi dan berinteraksi secara beradab.


Kembara Hijrah

Kembara Hijrah

Aktiviti Kembara Hijrah memberi peluang kepada para belia bukan sahaja untuk memahami makna Hijrah Rasullullah S.A.W, tetapi juga signifikan penghijrahan dalam konteks kehidupan masa kini. Aktiviti ini juga menyediakan ruang kepada mereka untuk mengenali dan memahami persekitaran sosiobudaya setempat, serta menghargai betapa pentingnya semangat persaudaraan dan kerjasama dalam kalangan sesama masyarakat Islam khasnya dan dengan ahli masyarakat lain amnya.

Kem Keselamatan Dan Kesejahteraan Diri (BESTARI)

Kem Keselamatan Dan Kesejahteraan Diri (BESTARI)

Kem ini dibangunkan khusus untuk belia wanita bagi jati diri terutama sekali berkaitan dengan hal-hal pemeliharaan maruah dan harga diri sebagai wanita. 

Kem Eksplorasi Minda

Kem Eksplorasi Minda

Kem Eksplorasi Minda memberi peluang kepada belia lelaki mendapat bimbingan yang terarah untuk membangkitkan kesedaran dan kefahaman tentang pentingnya mereka meningkatkan keyakinan dan kepercayaan terhadap diri sendiri, memupuk semangat sukarela, dan mengeratkan ukhuwah antara sesama rakan sebaya seagama.