Kem Jati Diri
Kem Jati Diri merupakan satu usaha untuk
membantu murid menguasai beberapa
kemahiran asas sosial seperti berkomunikasi dan berinteraksi supaya mereka lebih yakin dan berani untuk mengambil bahagian, memainkan
peranan aktif dan bersaing dengan rakan sebaya.
Kem Bina Watak Budaya (Aktiviti 14)
Kem Bina Watak Budaya menyediakan ruang dan peluang untuk kanak-kanak sekolah rendah memahami serta menghayati nilai-nilai dan unsur budaya Islam dan budaya setempat supaya mereka dapat menampilkan ciri dan watak budaya Islami dalam masyarakatnya.